Nahas pesawat F/A-18D Hornet: Ini keadaan dua juruterbang

Tular di media sosial gambar dan video kebakaran di landasan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah jam 9:05 malam tadi.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi kenyataan media, mengesahkan sebuah jet pejuang F/A-18D Hornet terbabit dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mengesahkan dua juruterbang pesawat pejuang itu terselamat dan sedang menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Menurutnya, berdasarkan maklumat, nahas berlaku ketika pesawat F/A-18D Hornet itu hendak melakukan penerbangan.

Beliau juga memaklumkan lokasi kemalangan tidak membabitkan penempatan awam.

BACA JUGA PN tak kata sepatah pun bila 23 syarikat bukan Bumiputera dapat bermacam projek TH