Akmal, mana suara pertahan presiden engkau, tanya bekas perajurit

Seorang bekas perajurit mempersoalkan di mana suara lantang Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh dalam mempertahankan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mejar (B) Razali Zakaria dalam satu program dialog meluahkan rasa tidak puas hati melihat perangai Akmal yang berarak bersama pembangkang berhubung isu bendera terbalik di Pulau Pinang.

Pesara tentera itu mempersoalkan tindakan Akmal ketika Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) melancarkan kempen menuntut Jabatan Peguam Negara (AGC) membuka semula kes-kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.

“Akmal, mana suara engkau, pertahankan presiden engkau?

“Mana kau punya suara pertahankan presiden engkau? Presiden engkau dihentam kiri, kanan, atas, bawah.

“Engkau diam je. Kalau isu bendera, berarak dengan Hilman, join pula dengan Pas konon-konon pejuang Melayu,” tegas beliau.

Minggu lalu, Dr Akmal mengetuai lebih 300 individu daripada UMNO, Bersatu dan Pas mengadakan satu himpunan berhubung isu bendera terbalik di Pulau Pinang.

Susulan daripada itu, beliau telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 16 Ogos lalu berhubung perhimpunan berkenaan.

Menurut peguamnya, Aizat Azam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi siasatan dan menjawab lebih 80 soalan daripada pegawai penyiasat.

@ipk.tv4

Kuala Lumpur, 21.8.25 Mejar B Razali Zakari hari ini mengulas mengenai tindak tanduk dua ahli politik dari parti kerajaan yang didakwa sebagai memberi bola tanggung kepada parti pembangkang.

♬ Love You So – The King Khan & BBQ Show

BACA JUGA PN tak kata sepatah pun bila 23 syarikat bukan Bumiputera dapat bermacam projek TH