Pelan Pembangunan Pangkor: Adakan sesi libat urus dengan LKIM

Kerajaan negeri Perak digesa untuk mengadakan sesi libat urus dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam usaha pembangunan semula Pulau Pangkor.

Usaha pembangunan semula Pulau Pangkor secara rasmi ialah Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pulau yang lebih dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pangkor

“Kita minta pihak kerajaan negeri mengadakan sesi libat urus dengan LKIM pusat,” kata pengerusinya Faiz Fadzil.

“Kita nak bangkitkan kebimbangan nelayan dan cadangan strategik.

“Kemungkinan ada beberapa projek khas nelayan yang boleh diusahakan. Kita mahu bantu projek ini tanpa menjejaskan sektor perikanan.

“Hala tuju perlu dibuat tanpa menjejaskan industri makanan.

“Pastikan ada insentif untuk nelayan dan pendapatan mereka tidak terjejasa.

Perikanan boleh dijalankan di kawasan lebih dalam dan bukannya di Kawasan pinggir pantai.

Sebuah konsortium perlu diwujudkan dengan dana khas. Bot enjin lebih besar perlu disediakan supaya nelayan tidak menangkap ikan di pesisir pantai dan tidak terjejas dengan projek.

RKK Pulau Pangkor

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pulau Pangkor yang lebih dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pangkor telah dicadangkan pada tahun 2023 dan dimulakan tahun lalu.

Bagaimanapun, ia dibantah secara keras oleh penduduk tempatan.

RKK melibatkan peruntukan RM790 juta untuk pembesaran jeti dan penukaran status tanah kepada tanah komersial dan penambakan laut.

Kawasan pesisiran pantai seluar 19.16 ekar akan ditambak dan dijadikan darat. Kawasan ini merupakan kawasan di mana 50 peratus pengusaha ikan bilis beroperasi di Pangkor.

Selain itu sebanyak 27 pondok nelayan bakal dirobohkan.

Para nelayan di Pangkor agak unik kerana mereka merupakan satu-satunya kumpulan nelayan di Perak yang mempunyai lessen bot ikan bilis.

RKK dianggarkan membawa 2.87 juta pelancong dan meningkatkan pendapatan isi rumah sebanyak RM1,164.

BACA JUGA: ETS3, Laman Rel Mahkota mercu tanda baharu Kluang, simbol kemajuan & identiti