Gempa bumi di Johor?
Jabatan Meteorologi mengesahkan satu gempa bumi lemah telah berlaku di Segamat Johor pada pukul 6.13 pagi tadi.
Gempa bumi berskala Richter 4.1 berlaku di koordinat 2.5° Utara dan 102.8° Timur, lima kilometer dari bandar Segamat pada kedalaman 10 km.
Gegaran turut dirasai di kebanyakan kaawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.
Perkara ini dinyatakan oleh jabatan tersebut menerusi laman Facebook.
Gempa bumi kedua berlaku pada pukul 9 pagi ini.
Ia berlaku di satu lokasi 28 km barat laut Kluang di koordinat 2.2° Utara dan 103.1° Timur pada kedalaman 10 km.
Gempa ini lebih lemah berbanding di Segamat iaitu 2.8 skala Richter.
BACA JUGA: ETS3, Laman Rel Mahkota mercu tanda baharu Kluang, simbol kemajuan & identiti