Kalah saman fitnah, ini tindakan Saifuddin seterusnya

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghormati keputusan mahkamah namun memutuskan untuk membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

“Walau bagaimanapun, setelah meneliti keputusan tersebut bersama pasukan guaman, saya berpendirian bahawa terdapat asas undang-undang yang kukuh untuk dirayu.

“Justeru, saya telah mengarahkan peguamcara saya untuk segera memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Saya juga akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan berkenaan sementara menunggu proses rayuan selesai.

“Sebagai seorang yang menghormati prinsip keluhuran undang-undang, saya percaya sistem kehakiman negara akan memberikan ruang yang adil bagi saya mengemukakan hujah dan mempertahankan kebenaran.

“Saya ingin menegaskan bahawa segala kenyataan yang saya keluarkan sebelum ini adalah berasaskan tanggungjawab saya dalam menyuarakan isu-isu kepentingan awam.

“Saya akan terus berpegang pada prinsip bahawa keterbukaan, integriti dan kebertanggungjawaban adalah asas penting dalam amalan demokras

Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memutuskan bahawa Saifuddin kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ia berkaitan dengan kenyataan Saifuddin dalam isu perlombongan nadir bumi dan peruntukan Marris pada tahun 2023.

Saifuddin telah mendakwa bahawa Sanusi terlibat dalam kecurian nadir bumi di Bukit Enggang, Sik.

Kenyataan berhubung Marris dibuat dalam beberapa sidang media.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Johan Lee mengarahkan Saifuddin membayar Sanusi RM600,00 sebagai ganti rugi am dan kos RM70,000.

Selain itu Saifuddin diarahkan menerbitkan permohonan maaf di dalam dua akhbar – BM dan BI di dalam tempoh 14 hari.

BACA JUGA: Pelan Pembangunan Pangkor: Adakan sesi libat urus dengan LKIM