PRN Sabah: AMANAH mahu sekurang-kurangnya tiga kerusi

AMANAH mahu bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi di dalam pilihan raya negeri Sabah.

Pengarah komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata rundingan sedang berlangsung di antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah.

Rundingan tersebut akan dimuktamadkan hujung bulan ini memandangkan sidang DUN Sabah akan dibubarkan pada bulan hadapan.

“Buat masa sekarang, rundingan sedang berlangsung di beberapa peringkat termasuk di antara PH dan BN, PH dan GRS dan dalam kalangan PH.

“Kita berharap AMANAH akan diberikan dua atau tiga daripada 73 kerusi tersebut,” katanya kepada media di Kota
Bharu hari ini.

Meskipun masih baharu di Sabah, Khalid berkata AMANAH optimistic akan menang di kerusi yang pihaknya mahukan.

BACA JUGA: Pelan Pembangunan Pangkor: Adakan sesi libat urus dengan LKIM