Program Kotak Sumbangan Asas Rahmah dekat di hati KPDN

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Program Kotak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai dekat di hati kementerian tersebut.

“Kenapa program ini amat dekat di hati kami di KPDN? Ini kerana di bawah inisiatif Payung Rahmah, kita ada Bakul Rahmah, Menu Rahmah dan Jualan Rahmah.

“Namun, Bakul Rahmah dan Menu Rahmah, kita tidak mendapat peruntukan pun daripada MOF.

“Segala peruntukan untuk program Payung Rahmah disalurkan kepada Jualan Rahmah,” kata beliau semasa pelancaran Program Kotak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hari ini.

Fuziah turut berkata, program tersebut juga merupakan satu langkah yang amat strategik dan bijak bagi pihak Mydin.

Dalam masa sama, beliau menghargai Mydin sebagai rakan strategik KPDN kekal menawarkan Menu Rahmah walaupun tanpa insentif daripada kerajaan.

Menurutnya, kebanyakan rakyat Malaysia menganggap RM100 yang diterima secara one-off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai 31 Ogos ini sebagai besar nilainya.

“Ada orang RM100 itu dapat membeli barangan keperluan. Ada orang pula anggap RM100 itu tiada apa nilai,” kata Fuziah lagi.

BACA JUGA Berserban berteriak tiada ilmu, isu Zara sudah jadi medan politik tabur fitnah