Bila lihat markas, saya jadi sayu

Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu merasa sayu apabila terlihat markas – markas Pas.

Ini kerana beliau telah terlibat dalam aktiviti mengutip derma untuk membangunkan markas tersebut menerusi penglibatannya dalam Pas selama 37 tahun.

“Bila saya lihat markas Pas saya rasa kerinduan. Sebab markas mana yang saya tidak dilibatkan dalam kutipan derma untuk membina markas itu?

“Jadi sudah tentulah tempat jatuh lagi dikenang. Ini pula tempat berkhidmat

“Dalam Pas itu, dalam Pasti, Unit Amal semua kita libat sepenuh masa. Rakyatnya saya tetap merindui sebab mereka itu kita yang ke sana ke mari membina parti 37 tahun

Walau bagaimanapun berdasarkan perkembangan mutakhir, beliau menekankan pentingnya berlaku perubahan di dalam parti tersebut.

“Siapa kata tak kenang tempat lama itu tapi bila kita lihat perkembangan – perkembangan mutakhir termasuk tuntutan semasa dalam geopolitik dunia dan sebagainya, kita nampak perlu ada perubahan.”

Beliau berkata demikian dalam rancangan audio siar Malaysia Gazette, bertajuk “Kenapa masih politik benci?”

BACA JUGA: Berserban berteriak tiada ilmu, isu Zara sudah jadi medan politik tabur fitnah