Dewan Rakyat kecoh bila MP Hulu Terengganu pertikai pakaian Azalina

Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) menyebabkan Dewan Rakyat kecoh apabila beliau mempertikaikan pakaian Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Bahaya… oo,” kata Rosol merujuk kepada baju Azalina yang ’round neck’.

Ekoran itu Rosol membangkitkan peraturan Dewan 41(f) berhubung pakaian Menteri beretika yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.

“Saya nampak menteri pakai round neck. Adakah itu mengikut etika dewan?

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau memutuskan bahawa bahawa pakaian Azalina tidak bermasalah.

“Round neck saya ada kolar. Mungkin YB tak nampak. Lepas ini saya tunjuklah.”

“Bahaya? Ok saya pakai tudung, mungkin tengok round neck tahan ke? Wallahua’lam,” tambah Azalina.”

Hanya selepas itu Azalina membentangkan RUU Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan untuk bacaan kali pertama kedua.

BACA JUGA: Umno sokong bicara kes rasuah dibuat secara live