Hukuman sebatan mandatori akan dimansuhkan?
Pemansuhan hukuman sebatan mandatori sedang dikaji oleh kerajaan.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Satu Mesyuarat Khas Kajian Pemansuhan Hukuman Sebat Mandatori yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah diadakan pada 23 Jun 2025 melibatkan pelbagai agensi termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), dan Majlis Peguam.
“Dalam Mesyuarat Khas tersebut, pelbagai pandangan dan cadangan telah dikemukakan termasuk kebimbangan mengenai impak jangka panjang hukuman sebat dan keperluan untuk kajian menyeluruh bagi menilai keberkesanan dan kewajaran mengekalkan aspek mandatori hukuman tersebut.
“Beliau turut menyatakan bahawa tiada kajian komprehensif berkaitan keberkesanan hukuman sebat mandatori di Malaysia mahupun negara-negara Asean lain.
Justeru itu satu kajian telah dimulakan oleh kerajaan Madani
“Kajian ini diselaras oleh BHEUU, JPM melalui penubuhan Jawatankuasa Kecil Kajian Pemansuhan Hukuman Sebat Mandatori yang akan mengemukakan laporan dan syor kepada Jawatankuasa Semakan dan Kajian Pembaharuan Undang-Undang Jenayah (Criminal Law Reform Committee – CLRC).”
Setelah diteliti kajian ini akan dibawa kepada Menteri dan timbalan untuk pertimbangan dasar sebelum dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada S Kesavan (PH-Sg Siput) yang bertanya berkenaan reformasi perundangan hukuman rotan dengan mengambil kira kematian yang berlaku di Penjara Taiping tahun lepas.
BACA JUGA: Akhirnya Duyong Marina Resort terlepas…