Diktator apanya kalau boleh bahas di Parlimen! MP PN ini dikecam selepas tuduh RUU ‘bermasalah’

Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dihujani kecaman selepas menuduh Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan sebagai ‘diktator ala Madani’.

Ahli Parlimen Machang berkenaan berkata, RUU ‘bermasalah’ itu langsung tidak dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi.

“Langsung tiada penerangan kepada pembangkang!,” dakwa Wan Fayhsal yang tewas dalam pemilihan bagi merebut jawatan Ketua Bahagian Bersatu Machang pada Februari lalu itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tersebut berkata, RUU itu memberi kuasa yang cukup luas kepada Menteri Kewangan dalam hal perolehan kerajaan untuk membuat pelbagai keputusan yang besar dan pengecualian-pengecualian khas.

“Adakah pemusatan kuasa yang cukup besar ke atas batang tubuh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri ini reformasi yang dijanjikan?

“Kuasa yang cukup besar dan luas ini akan tukar Menteri Kewangan jadi MAHARAJA KEWANGAN!

“PH tak belajar daripada pengalaman skandal 1MDB!” tulis Wan Fayhsal lagi.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata menempelak wakil rakyat Bersatu itu termasuk menyindir pembangkang yang pada masa ini juga galak membantah RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

“Diktator apanya kalau benda dibentang dan dibahas dalam Parlimen. Bagilah hujah perbaiki apa yang tak betul, contohnya jangan buat tiga bilik sebab satu bilik dah cukup, jangan baiki dan cat sebab compang camping comot itu cantik dan menarik,” perli Afifth Abd Rahman.

“Kau yang tak pi sesi libat urus lepas tu nak memekak,” tempelak Azrul Faizal.

“YB pernah hadir ke sesi libat urus RUU PSB?” soal Jason Yew.

“Apa yang Pas tau pasal 1MDB? Ekologi 1MDB pun Pas tak tau. Dulu dia panggil CEO PNyamun 1MDB terangkan bagaimana 1MDB menyamun. Semua yang hadir mengangguk tanda puas hati tapi faham belum lagi,” kecam Zulaylee Omar.

BACA JUGA 14 soalan kontroversi tentang RUU PSB, jawapan dan penjelasannya