NACC 2025 fokus jadikan KLIA, LTAPP, LTAKK dan Senai Hab kargo utama

FB Live… Sidang Media selepas Mesyuarat National Aviation Consultative Council (NACC) 2025 oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan di Ballroom A, Hilton Kuala Lumpur, 3 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur. 27hb Ogos, 2025 (Rabu)

Menteri Pengangkutan hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Konsultasi Penerbangan Negara (National Aviation Consultative Council – NACC) yang berlangsung di Kuala Lumpur dengan penyertaan 95 kepimpinan tertinggi kementerian, agensi kerajaan, syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang, ground handlers serta persatuan pekerja sektor penerbangan.

NACC berperanan sebagai platform strategik bagi pemain industri dan pihak berkepentingan untuk membincangkan isu semasa penerbangan, mencari penyelesaian bersama serta mewujudkan persekitaran kondusif ke arah peningkatan kecekapan operasi dan perkhidmatan industri.

Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada inisiatif kerajaan menjadikan KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebagai hab kargo utama negara.

Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada inisiatif kerajaan menjadikan KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebagai hab kargo utama negara.

Langkah ini dipacu oleh perkembangan positif, apabila jumlah kargo yang dikendalikan di semua lapangan terbang Malaysia mencatat kenaikan 4.4% tahun ke tahun, dengan 272,939 tan metrik direkodkan pada suku kedua 2025 berbanding 261,385 tan metrik pada tempoh sama tahun 2024. Daripada jumlah itu, 202,911 tan metrik (74.3%) adalah kargo antarabangsa, 60,770 tan metrik (22.3%) kargo domestik, manakala selebihnya 9,258 tan metrik (3.4%) kargo transit.

Seiring aspirasi global, Malaysia komited menyokong agenda kelestarian termasuk sasaran karbon sifar bersih 2050 bagi penerbangan antarabangsa, selaras dengan Long Term Aspirational Goal (LTAG) ditetapkan ICAO.

Seiring aspirasi global, Malaysia komited menyokong agenda kelestarian termasuk sasaran karbon sifar bersih 2050 bagi penerbangan antarabangsa, selaras dengan Long Term Aspirational Goal (LTAG) ditetapkan ICAO.

Mesyuarat NACC turut membincangkan beberapa isu penting dan memutuskan langkah susulan antaranya kajian semula pelaksanaan Green Lane bagi mengurangkan kesesakan pemeriksaan kastam di KLIA Terminal 1 & 2. Penambahbaikan pengurusan slot penerbangan oleh National Slot Coordination Malaysia (NSCM). Penubuhan Task Force Projek Penggantian Baggage Handling System (BHS) dengan laporan berkala kepada Kementerian Pengangkutan. Pemantauan berkala oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memastikan projek pembangunan lapangan terbang mengikut jadual dan pembangunan kemudahan aksesibiliti airside untuk penumpang dan bagasi antara KLIA Terminal 1 & 2.

Selain itu, mesyuarat dimaklumkan mengenai rasionalisasi penuh fungsi MAVCOM ke dalam CAAM yang berkuat kuasa 1 Ogos 2025, menjadikan CAAM sebagai satu-satunya badan kawal selia penerbangan awam negara meliputi aspek teknikal, keselamatan dan ekonomi.

Secara keseluruhannya, NACC 2025 berjaya menggariskan pelbagai pandangan dan cadangan bernas daripada pihak berkepentingan, sekali gus memperkukuh daya saing sektor penerbangan negara dan menyokong pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.