RON95 kekal RM2.05, RON97 dan diesel naik 3 sen seliter hingga 3 September ini
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter bagi tempoh 28 Ogos hingga 3 September depan.
Sementara itu, harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik tiga sen seliter.
Oleh itu, harga baharu RON97 ditetapkan pada RM3.16 seliter berbanding RM3.13 seliter minggu lalu manakala harga diesel kini di Semenanjung Malaysia adalah RM 2.88 seliter.
Menurut MOF, harga runcit diesel di Semenanjung masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu mencecah RM3.35 seliter.
Menerusi kenyataan, MOF memaklumkan pelarasan harga dibuat mengikut formula Kaedah Harga Automatik(APM) yang mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,” katanya.
Jelas MOF lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
BACA JUGA Ketika Pas demo bantah PSB, video pemimpin Pas promosi pembangunan semula bandar tersebar