Dari Perlis hingga Rembau diramal hujan lebat pagi ini

Pantai Barat Semenanjung bermula dari Perlis hingga ke Rembau di Negeri Sembilan diramai mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran itu yang turut melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Pahang, cuaca sama dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong manakala di Negeri Sembilan meliputi Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Amaran dikeluarkan METMalaysia apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku dalam tempoh satu jam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran,” kata METMalaysia menerusi laporan yang dikeluarkan jam 5.20 pagi tadi itu.

BACA JUGA RON95 kekal RM2.05, RON97 dan diesel naik 3 sen seliter hingga 3 September ini