RUU Pembangunan Semula Bandar ditunda
Sesi bacaan kali kedua RUU Pembangunan Semula Bandar telah ditunda ke sesi Dewan Rakyat yang akan bermula pada bulan Oktober.
Sesi hari ini menyaksikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan membentangkannya tetapi tiada sesi debat berkaitan RUU ini berlangsung.
Hari ini ialah hari terakhir sesi semasa Dewan Rakyat berlangsung.
Dalam pembentangannya Nga menekankan bahawa kerajaan mempunyai kata putus sama ada sesebuah Kawasan itu perlu dibangunkan semula atau tidak.
Beliau turut mengumumkan beberapa kawasan yang telah disenarai pendek oleh kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikenalpasti untuk dibangunkan semula seawall sedekad yang lalu.
Punca ia ditunda tidak dinyatakan.
Walau bagaimanapun ada pihak percaya penundaan ini adalah disebabkan oleh tentangan kuat dari ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
Seramai tujuh ahli parlimen PKR dan 30 ahli parlimen BN mahu RUU ini ditunda dan disemak semula.
BACA JUGA: Nilaikan realiti, bukan retorik PSB