SARA RM100: Siapa disaran sedekah kepada keluarga yang memerlukan?
Felo Kehormat, Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma menasihatkan pihak yang meremehkan bantuan tunai RM100 agar memanfaatkan inisiatif menerusi Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) itu.
Penganalisis ekonomi berkenaan berpendapat adalah lebih baik mereka terbabit membeli barangan keperluan asas bernilai RM100 itu di kedai terpilih dan bersedekah kepada keluarga yang memerlukan.
“Atau pun letakkan di gereja, surau, kuil, tempat ibadah agama yang dianuti, atau sumbang kepada NGO.

“Jika ada duit lebih, beli Jalur Gemilang untuk dikibarkan pada 31 Ogos, dan 16hb September,” katanya yang turut bersyukur beliau turut memperoleh Bantuan “SARA Untuk Semua” itu.
Menurutnya, terdapat dua syarat yang perlu dipatuhinya iaitu boleh membeli mengunakan myKad RM100 di pasar raya dan kedai yang disenaraikan serta hanya dibenarkan membeli barangan keperluan asas tertentu sahaja.
“Ada 14 kategori barangan yang disediakan. Terfikir. Dengan RM100, saya boleh beli barangan asas berikut:
Beras: Beras Super Spesial Tempatan 5% hancur
Minyak Masak: Minyak masak paket 1kg (cap buruh/cap pisau)
Roti: Roti sandwich putih (Gardenia)
Telur: Telur ayam gred C 10 biji
Mi Segera: Mi segera dalam pek 5 atau 6
Biskut: Biskut krim kraker
Minuman: Milo pek kecil
Makanan Dalam Tin: Sardin tin kecil
Bahan Perasa: Garam, gula, kicap, sos cili
Produk Kebersihan: Golgate, sabun mandi, syampu, pencuci pakaian,
Ubat-ubatan: Panadol, Hurix ubat batuk
BACA JUGA Lagi berita baik, Baucar Perlindungan Tenang 3.0 kini boleh dimanfaat