Dua akaun TikTok disiasat berkait Zara Qairina, PM

Polis Diraja Malaysia mengesahkan bahawa dua akaun TikTok sedang disiasat

Akaun pertama milik Muhammad Zamis Shah disiasat ekoran kandungan palsu berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.

Akaun kedua pula dikenali dengan nama Monkey DNaga yang membuat dakwaan palsu, mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Israel.

“Kedua-dua pemilik akaun telah berjaya dikenalpasti. Usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk M Kumar dalam satu kenyataan.

Siasatan terhadap suspek dibuat di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, seksyen 505(b) Kanun Keseksaaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas.

BACA JUGA: Kes Zara Qairina: Para peguam bakal berentap untuk hadir dalam inkues