Adun Manjoi disoal siasat oleh MCMC ekoran hantaran perkauman
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merekodkan keterangan Adun Manjoi Hafez Sabri.
Ia ekoran hantaran palsu berunsur perkauman yang dimuatnaik oleh Hafiz.
“Sesi rakaman keterangan serta siasatan lanjut telah dijalankan dengan Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman semalam.
“Siasatan dijalankan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.”
Susulan kejadian Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang didekati oleh wanita ketika sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri, Hafez telah memuat naik kandungan bahawa suspek tersebut seorang wanita Cina.
Siasatan polis bagaimanapun telah mengesahkan bahawa suspek seorang wanita Melayu.
Hafez telah meminta maaf dan memadamkan hantaran tersebut. Beliau turut menafikan perbuatannya dan menuduh pihak yang menyebar luaskan hantarannya itu.
BACA JUGA: Tuduh wanita Cina: DAPSY Negeri Sembilan lapor polis