Mahathir dibenarkan menjadi pihak berkepentingan dalam inkues Zara Qairina
Bapa kandung Zara Qairina, Mahathir Hashim @ Marikin telah dibenarkan menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian anaknya.
Koroner Amir Shah Amir Hassan yang juga Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Mahathir untuk terbabit dalam inkues menerusi pasukan peguamnya.
Pasukan peguamnya terdiri daripada Sherzali Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Conrad.
Saksi pertama dijangka dipanggil pukul 2 petang ini.
Inkues akan berlangsung selama 19 hari pada 3-4 September, 8-12 September, 17-19 September serta 22 hingga 30 September dengan 70 saksi.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai setelah ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di tepi longkang asrama sekolahnya di Papar pada pukul 4pagi16 Julai.