Selepas Segamat bergegar, penduduk Sri Medan pula gempar
Selepas Segamat digegar berulang kali gempa bumi lemah, giliran Sri Medan, Parit Sulong pula dilanda situasi sama.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa gempa bumi lemah itu berlaku kira-kira 10 kilometer dari barat daya Yong Peng.
Menerusi laman web, MetMalaysia memberitahu gempa itu berpusat pada koordinat 1.95 darjah Utara, 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
Sebelum ini, gempar kejadian gempa pertama berlaku di Segamat dengan kekuatan 4.1 magnitud pada kira-kira jam 6.13 pagi, 24 Ogos lalu.
Ia diikuti gegaran dengan 3.2 magnitud pada 27 Ogos; 2.5 magnitud (28 Ogos); 3.4 magnitud (29 Ogos); 2.7 magnitud (30 Ogos) dan 2.9 magnitud, pada 31 Ogos lalu.
BACA JUGA Lagi kes ‘Serambi Syabu’, kedai runcit rupanya transit dadah RM6.5 juta untuk sejuta orang