Pengisytiharan harta: Ini perkembangan terkini
Pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli parlimen akan dikuatkuasakan berdasarkan format baharu dalam masa terdekat.
Format baharu tersebut akan mengambilkira cadangan penambahbaikan format pengisytiharan harta.
Ia akan dibincangkan lanjut oleh Kabinet, menurut Menteri Undang-Undang dan Reformasi Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) Siri 2 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada 8 Januari 2024 telah bersetuju supaya cadangan penambahbaikan format Pengisytiharan Harta oleh Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen dibawa untuk perbincangan lanjut oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat sebelum format isytihar harta baharu tersebut dapat dikuatkuasakan.”
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Senator Baharuddin Ahmad di Dewan Rakyat.
Senator Baharuddin meminta status terkini pelaksanaan dasar pengisytiharan harta bagi semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik.
Langkah ini adalah satu keperluan dalam usaha membanteras rasuah.
Azalina bagaimana pun tidak menyatakan secara tuntas bila perbincangan di peringkat Kabinet akan berlangsung.