Empat perkara ini berlaku serentak, Global Sumud Flotilla pecah kebuntuan

Oleh AZLAN ZAINAL

Gaza – Penjara terbuka terbesar di dunia. Pergerakan sangat terhad, mereka dikepung segenap arah.

Cabaran besar bagi Global Sumud Flotilla untuk menerobos masuk. Dalam beberapa hari lagi akan menerjah dan membelah perairan Mediterranean. Agar dipermudah dan lancar dalam peliharaan Allah.

Meneliti demografi Gaza seluruh kawasan dikawal dan ditutup rapat. Sekatan laut, darat dan udara berjalan serentak:

1) Had Perairan Laut / Zon Perikanan

Perjanjian Oslo (1994) telah membenarkan nelayan Gaza hingga 20 batu nautika.

Namun, dikurangkan ke 12 batu nautika (2002), 6 batu nautika (2006) dan akhirnya 3 batu nautika sejak Januari 2009.

Ekonomi nelayan lumpuh, sumber makanan laut terhad. Tambahan pada perang ini larangan berterusan dan rakyat dihalang turun ke laut. Malah, pembunuhan rambang dilakukan.

2) Sekatan Darat (Buffer Zone)

Dibahagi kepada beberapa keadaan. Pertama, ‘No-Go Zone’ jarak 500 meter dari pagar keselamatan Israel. Rakyat Palestin dilarang masuk, berisiko ditembak.

Kedua, ‘High Risk Area’, tambahan 500 meter ke dalam, kawalan penuh oleh tentera Israel. Kawasan pertanian subur banyak hilang fungsi akibat sekatan dan kini kebanyakan tanah telah berubah menjadi padang jarak padang tekukur.

3) Lapangan terbang

Gaza pernah mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa bernama Yasser Arafat International Airport.

Dibuka pada November 1998 di Rafah (selatan GaZa) hasil Perjanjian Oslo. Ia adalah simbol penting melambangkan kebebasan bergerak rakyat Palestin ke dunia luar.

Namun, telah diserang dan dimusnahkan IsRaHell pada Disember 2001 (selepas Intifada Kedua).

4) Pintu sempadan
  • Erez : Dibuka hanya untuk kes khas (pekerja tua dan kecemasan kemanusiaan).
  • Kerem Shalom : Dibuka 5 hari seminggu sebelum ini hanya pada waktu siang untuk barangan tertentu sahaja tapi dikawal IsRaHell.
  • Rafah (Mesir) : Dibuka terhad pada waktu tertentu dengan kawalan ketat, seringkali ditutup.
  • Lain-lain pintu (Nahal Oz, Karni, Sufa) : telah ditutup sepenuhnya.
  • Dua tahun peperangan, pintu-pintu yang masih dibuka dikawal ketat, sering ditutup dan akses bantuan sangat terhad.

Sekatan ini merupakan bentuk hukuman kolektif terhadap orang awam Palestin.

Seteguh nama ‘Sumud’, besar harapan agar misi ini dapat memecah kebuntuan ini.

Terima kasih kerana mewakilkan kami. Teruskan berdoa. 🌹🤲🏻 الله المستعان

BACA JUGA PSB usir Melayu? Orang muda semakin ramai mampu beli rumah di bandar