Wanita yang dekati Sultan Perak didakwa
Nurhaswani Afni Mohamad Zokri, 41, wanita Melayu yang mencetuskan ancaman keselamatan dengan mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri tempoh hari telah didiakwa di mahkamah.
Beliau didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak di hadapan Dewan Bandaraya Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, kira-kira jam 8.20 pagi pada 31 Ogos.
Tuduhan tersebut dibuat di bawah seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencederakan secara serius, memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul memohon tiada pengakuan direkodkan memandangkan laporan awal dari Hospital Bahagia Ulu Kinta menunjukkan tertuduh menghidap skizofrenia.
“Oleh itu, pihak pendakwaan memohon perintah di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah untuk mendapatkan penilaian psikiatri lanjut bagi menentukan tahap kewarasannya dan kelayakan untuk dibicarakan,” katanya, lapor Harian Metro.
Peguam tertuduh, M Saravanan tidak membantah permohonan itu.
Mohd Harith memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri lanjut bagi mendapatkan laporan penuh sebelum prosiding diteruskan.
Beliau turut memaklumkan tiada jaminan ditawarkan dan memerintahkan tertuduh dirawat di hospital.
Kes akan disebut semula pada 8 Oktober.
BACA JUGA: Cabaran terbesar buat Muhyiddin, 120 ketua bahagian mahu beliau berundur