Anwar–Marcos Jr sepakat perkukuh hubungan dua hala dan ASEAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr, hari ini membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala.
Kedua-dua pemimpin berkenaan turut menekankan kepentingan mempererat kerjasama serantau di bawah kerangka ASEAN.
Anwar berkata, perbincangan menerusi perbualan telefon itu turut menyentuh isu keselamatan serantau dan pembangunan ekonomi.
Ia juga merangkumi keperluan memperkukuh perpaduan serta kesepaduan ASEAN dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa.
“Kami turut berbincang terkait perkembangan konflik Thailand-Kemboja dan usaha-usaha bersama yang perlu dilakukan sebagai komitmen berterusan terhadap keamanan dan kestabilan serantau,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook.
BACA JUGA Ancaman terhadap LNG Bintulu: Kerajaan perketat kawalan keselamatan