Kenapa RON95 tak turun walau minyak dunia jatuh? Pengikut Lim Sian See kena ‘sekolah’
Seorang pengguna Facebook tampil menjawab pertikaian beberapa pihak yang mempersoalkan mengapa harga RON95 tidak diturunkan walaupun harga minyak mentah dunia menunjukkan penurunan sejak 2022.
Pengguna akaun bernama Syahir berkata, inilah masalah segelintir pihak yang malas membaca sehingga mudah percaya dengan “fakta” yang dibawa oleh “pakar putar alam”.
Beliau merujuk Lim Sian See sebagai “pakar putar alam” kerana cuba menyalahkan kerajaan apabila keuntungan Petronas merosot sejak 2022.
Syahir menjelaskan, penurunan keuntungan Petronas itu berlaku selari dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia (Brent Crude) yang juga jatuh selepas memuncak pada tahun 2023.
Namun penjelasan itu dibalas pula dengan beberapa komen pengikut Lim Sian See yang mempersoalkan mengapa harga RON95 tidak turun jika benar harga minyak dunia sudah jatuh.
Menjawab persoalan itu, Syahir berkata harga RON95 kekal pada RM2.05 seliter kerana kerajaan telah pun menampung sebahagian kos sebenar yang mencecah sekitar RM2.50 seliter.
“Kenapa harga RON95 di Malaysia tak turun sedangkan harga minyak mentah dunia turun 30% sejak 2022?
“Pertama kena faham, harga RON95 (RM2.05) kini adalah harga yang telah disubsidi oleh kerajaan sejak 2021 dan tidak pernah berubah sepanjang 4 tahun ini.
“Kedua, walaupun harga minyak mentah dunia jatuh 30% sejak 2022, harga sebenar RON95 masih lagi tinggi pada kadar RM2.50 seliter bermaksud kerajaan masih memberi subsidi 45 sen setiap liter kepada rakyat Malaysia.
“Ketiga, Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM23.075 bilion pada tahun 2022 dan RM18.317 bilion pada 2023 untuk mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada paras RM2.05 seliter,” ujarnya.
Selain itu, kerajaan turut membelanjakan jumlah besar untuk mengekalkan subsidi itu termasuk RM23.075 bilion pada tahun 2022, RM18.317 bilion pada 2023, dan dijangka sekitar RM15 bilion tahun ini.
Beliau juga mengingatkan bahawa kerajaan akan menambah lagi subsidi RON95 apabila ia diturunkan kepada RM1.99 seliter pada hujung September ini.
“Bani Facebook yang merapu-rapu tak faham kenapa harga RON95 tak turun walaupun harga minyak mentah dunia turun kena faham tiga fakta di atas.
“Bulan lepas PM umumkan harga RON95 akan turun kepada RM1.99 seliter hujung September ini untuk warganegara Malaysia yang layak.
“Ini bermakna kerajaan akan menambah subsidi bagi setiap liter kepada rakyat Malaysia tetapi juga menjimatkan pemberian subsidi yang dinikmati golongan berpendapatan tinggi dan warga asing selama ini.
“Kalau kau tanya pakar putar alam memang dia takkan highlight harga minyak dunia jatuh, sebab tu banyak pengikut dan peminat dia tak faham kenapa harga RON95 tak boleh turun,” tambahnya lagi.
BACA JUGA Anwar–Marcos Jr sepakat perkukuh hubungan dua hala dan ASEAN