PBB kecam serangan Israel terang-terang langgar kedaulatan Qatar

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam sekeras-kerasnya serangan rejim zionis Israel ke atas pemimpin Hamas di Doha.

Beliau menyifatkan tindakan Israel itu sebagai “pelanggaran terang-terangan” terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Qatar, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Guterres di New York semalam menegaskan semua pihak mesti berusaha ke arah gencatan senjata berkekalan dan mengelak tindakan yang boleh menjejaskannya.

Beliau turut menyatakan bahawa Qatar memainkan “peranan yang sangat positif” dalam usaha gencatan senjata dan pembebasan tawanan yang ditahan di Gaza.

Pengganas Israel mendakwa melancarkan serangan menyasarkan beberapa pemimpin kanan Hamas, semalam selepas berlaku beberapa letupan di ibu negara Qatar yang turut menempatkan biro politik kumpulan itu.

“Tentera Pertahanan Israel (IDF) dan Agensi Keselamatan Israel (ISA) melakukan serangan tepat menyasarkan kepimpinan tertinggi organisasi Hamas,” menurut kenyataan IDF.

Lapor Al Jazeera, serangan Israel itu berlaku di “kawasan diplomatik” Doha yang menempatkan pejabat kedutaan, kediaman diplomatik dan kompleks kediaman kelas elit.

Sementara itu, media Israel melaporkan serangan itu menyasarkan pemimpin tertinggi Hamas termasuk Khalil al-Hayya yang juga pemimpin Briged Izz ad-Din al-Qassam.

Khalil, 64, ialah ketua Hamas di Gaza yang kini berada dalam buangan dan juga perunding utama kumpulan yang memerintah Semenanjung Gaza sejak 2007.

@thenationalnews

UN Secretary General Antonio Guterres said the Israeli attacks in Qatar targeted “a country that has been playing a very positive role to achieve a ceasefire and the release of all hostages.”

♬ original sound – The National News – The National News

BACA JUGA Fadhlina buat laporan polis, MCMC selepas difitnah kononnya sepupu pengetua sekolah Zara