Isu Edward Wong: Yang malang adalah rakyat yang diperdaya politik murahan

Kekecewaan seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Edward Wong untuk mendapat tempat dalam jurusan perakaunan di Universiti Malaya (UM) meraih perhatian netizen.

Ada yang menyifatkan bukannya Wong yang malang sebaliknya rakyat yang diperdaya politik murahan apabila isu Wong itu dibangkitkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

“Edward Wong bukan luar biasa. Ribuan orang dapat merit 100 peratus. Saingan sangat sengit. Edward ambil subjek Prinsip Akaun, Ekonomi, ICT dan Pengajian Am.

“Pesaing pula kombinasi lebih relevan. Prinsip Akaun, Ekonomi, Matematik, Perniagaan. Kursus ‘hot’ macam perakaunan di UM

“Subjek Prinsip Akaun dan Matematik lebih dekat dengan kursus Perakaunan berbanding Prinsip Akaun dan ICT.

“Nak jadi akauntan tapi tak ambil Matematik macam pelik,” kata netizen.

Selain itu, Wong sebenarnya ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan di Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan pilihannya yang kelima.

“Edward bukan tak dapat tempat, dia dapat tawaran Sarjana Muda Pengurusan di USM. Bukan biasa-biasa.

“Dia tak puas hati sebab bukan pilihan pertama. Bila kecewa terus lari pada ahli politik.

“Jangan terperdaya. Edward bukan mangsa sistem. Dia tak puas hati kerana tak dapat kursus idaman.

“Sistem IPTA ketat, telus, ikut merit. Tak ada pilih kasih. Tak ada ruang untuk drama.

“Yang malang bukan Edward Wong. Yang malah ialah rakyat bila isu remeh macam ini dipolitikkan untuk cipta persepsi kononnya orang lain salah.

“Edward dapat tempat. Dia tak dapat apa yang dia mahu. Bezakan dengan tak dapat tempat dengan tak dapat kehendak,” kata warganet lagi.

Jauh di belakang

Kelmarin dalam sidang media, Wong yang memperoleh PNGK 4.0 dalam STPM 2024 kecewa kerana UM dan lima universiti awam lagi iaitu USM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menolak permohonannya untuk mengambil bidang perakaunan.

Dalam sidang media sama, Wee Ka Siong berkata, amat malang seorang pelajar cemerlang STPM dengan purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.0 dinafikan peluang untuk menyambung pengajian dalam kursus yang diminati.

Oleh itu, pemimpin MCA berkenaan merayu UM supaya mempertimbangkan permohonan Wong.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada sidang media semalam menegaskan bahawa proses pemilihan pelajar ke universiti awam adalah berasaskan prinsip meritokrasi.

KPT menjelaskan kemasukan pelajar ke institusi dibuat dengan menyusun semua calon yang layak mengikut merit tertinggi hingga terendah.

Menurut KPT, walaupun Wong memperoleh PNGK 4.00 dengan merit 99.90 peratus, ranking permohonan pemuda itu dalam program perakaunan berada jauh di belakang calon lain yang mempunyai merit 100 peratus.

Di UM contohnya, terdapat 2,291 permohonan layak dengan 1,127 merit penuh tetapi Wong berada di kedudukan ke-1,129 sedangkan hanya 85 tempat disediakan.

@malaysiafans1963

Kau bukannya tak dapat tempat, dapat USM kot, nak lagi cari orang politik, lagi satu apa relevannya ICT dengan perakaunan? #malaysiafans1963

♬ original sound – malaysiafans – malaysiafans

BACA JUGA PBB kecam serangan Israel terang-terang langgar kedaulatan Qatar