Kesianlah makcik pakcik dah empat tahun tunggu rumah tak siap-siap
OLEH ISHAQ MARAZI
Rumah abam di kampung sungai baru kampung baru. Terlibat sekali dengan projek tengah kecoh sekarang.
Sebelah Saloma Link. Jalan kaki saja ke KLCC dan LRT Kampung Baru. Abam ikut majoriti penduduk saja.
Dia orang setuju untuk bekerjasama dengan pemaju abam ikut je. Pemilik hartanah sini bukan cikai cikai.
Ada dato ada peguam ada jurutera kebanyakannya berpendidikan. Sebenarnya abam orang yang ke 230 yang tandatangan. Abam tandatangan lambat sebab nak tengok dulu majoriti macam mana.
Semua pemilik 329 orang. Kira kira 70% dah bersetuju masa tu circa 2018-2019.
Pada 2021 kerajaan pakai Akta Pengambilan Tanah untuk merealisasikan projek ini.
Sebenarnya penduduk bersepakat untuk majukan hartanah Kampung Sungai Baru semasa 2016 lagi selepas melihat kejayaan flat Kerinchi jadi Kerinchi Residence oleh pemaju sama.
Masa tu zaman Datuk Seri Najib Razak. Walaupun hartanah abam landed tapi abam setuju juga untuk buat pembangunan semula.
Sedih tengok makcik pakcik duduk rumah flat uzur 1bilik-2bilik. Dengan proposal projek baru,setiap pemilik akan dapat kondo dua pintu.
Satu pintu boleh disewakan dan satu lagi boleh duduk sendiri.
Dekat kawasan sini satu unit studio pun boleh sewa RM2000-RM2500 fully furnish. Boleh tengok kadar pasaran setia sky residence kampung baru.
Kalau sewakan dua dua unit boleh dapat RM4k-6k sebulan.
Berbanding rumah flat lama cuma boleh dapat RM800-RM1200 sebulan. Itupun kalau disewakan. Kalau duduk sendiri memang tak dapat apa apa.
Abam dapat 3 unit kondo bermakna boleh sewakan 6 unit airbnb sebab setiap satu unit ada dua pintu.
Kalau buat pengiraan pun better banyak penduduk buat pembangunan semula macam razak city dan kerinchi residence.
Abam buat status sebab hari ini ada provokasi dari Rafidah yang menghasut owner landed untuk tidak berganjak. Usaha untuk menggagalkan projek ni.
Jelas nampak pentingkan diri. Ada 300+ pemilik yang tunggu projek dijalankan secepat mungkin.
Kalau dia ikhlas berjuang untuk Melayu sepatutnya dia desak pemaju untuk siapkan cepat projek ini bukan sabotaj.
Pastikan pemilik betul-betul menang dalam usahasama ni.
Bak kata Dato Johari pembangunan Kampung Sungai Baru ni mustahil dah untuk di undur balik.
Rumah dan flat 70% sudah roboh. Sekarang ini tugas kita untuk pastikan pemaju deliver apa yang dijanjikan bukannya sabotaj.
Kesian makcik pakcik stuck di rumah transit sudah 4-5 tahun menunggu. Mustahil nak batalkan projek ini sebab rumah dia orang dah tiada.
Apa rancangan Rafidah sebenarnya abam pun tak ada jawapan. Mohon kongsi status saya. Tak berbaloi kita nak merusuh sebab fitnah dan maklumat palsu.
BACA JUGA Cerita sebenar Kg Sungai Baru dari mulut penduduk, hasrat lama majoriti mahu pembangunan