RM3 bilion lonjak Sarawak jadi hab semikonduktor ASEAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan pelancaran projek X-FAB Sarawak 40K Fab Expansion di Samajaya High-Tech Park bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Perdana Menteri berkata, projek berimpak tinggi dengan nilai pelaburan RM3 bilion itu dijangka bukan sahaja meningkatkan kapasiti pengeluaran semikonduktor negara, malah mengangkat Sarawak sebagai peneraju baharu dalam industri teknologi front-end fabrication.

Menurutnya, pencapaian itu menjadi bukti keyakinan pelabur global terhadap Malaysia, khususnya Sarawak, yang kini bukan sahaja dikenali sebagai hab tenaga hijau rantau ini, tetapi juga semakin menonjol sebagai hab semikonduktor ASEAN.
“Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama antara industri dan universiti bagi melahirkan tenaga kerja berdisiplin, berkemahiran tinggi serta bersedia menghadapi cabaran era automasi dan kecerdasan buatan (AI),” katanya dalam kenyataan di media sosial.
Beliau turut menegaskan bahawa dengan kestabilan politik, dasar jelas serta sokongan padu Kerajaan Persekutuan, Sarawak diyakini berpotensi menjadi contoh unggul bagi negara sedang membangun, selain berperanan menentukan hala tuju ekonomi global pada masa depan.
BACA JUGA Puji pembunuhan Charlie Kirk? Ini tindakan bakal diambil AS