Mengaku pun kerajaan PN luluskan, calon PMXI ini kena kecam isu Kg Sungai Baru

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dihujani kecaman di media sosial berhubung kenyataanya terhadap isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru yang bermula ketika pentadbiran PN pada 2021.

Reaksi netizen itu selepas Timbalan Presiden Pas berkenaan berkata, kerajaan sekarang boleh sahaja melakukan sesuatu berhubung pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, walaupun isu tersebut bermula ketika pentadbiran sebelumnya.

Calon Perdana Menteri ke-11 yang dicadangkan Pemuda Pas untuk mewakili Perikatan Nasional (PN) itu berkata, isu Kampung Sungai Baru itu bukanlah perkara baru, sebaliknya telah lama berlaku.

“Ini isu lama yang bukan baru-baru berlaku… isu lama yang kita perlu tengok balik.

“Kerajaan sebelum ini, kalaupun dia luluskan, kerajaan yang sekarang ada kuasa batal…

“Kalau kita tak setuju dengan perkara sebelum ini, kita boleh perbetulkan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPP) di Dewan Gandhi di Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Rata-rata menempelak kenyataan Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan itu termasuk menganggap mudah benar pembangkang minta kerajaan kini ‘cuci’ perbuatan mereka ketika menjadi kerajaan 33 bulan.

“Mengaku pun kerajaan YB (Tuan Ibrahim) yang luluskan (pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru). Dah jadi macam-macam masalah, lepas tu suruh orang lain cucikan…

“Memang betullah kerajaan 33 bulan yang luluskan dulu.

“Menyalak siang malam salahkan kerajaan sekarang macam mana pulak? Mungkin cik pairdah kita tak dimaklumkan kot.

“Ini salah sorang daripada yang berlori calon PM dari Pas. Sangat bijak!” demikian antara kecaman warga maya.

BACA JUGA PM tekankan penyatuan ummah, lancarkan Portal MySPPIM 2.0