AMANAH akan perangi politik identiti, ekstremisme dalam pilihan raya

AMANAH isytihar perang terhadap politik identiti dan ‘ekstremisme’ di dalam pilihan raya negeri dan umum akan datang kerana ia boleh membawa kehancuran kepada negara ini.

Naib presiden Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata AMANAH sedang mengekang trend politik identity dan ekstremisme.

Ini kerana asas negara ini dibina berdasarkan kepelbagaian dan keberadaan pelbagai kaum dan agama, kata beliau ketika majlis penutup konvensyen AMANAH Pulau Pinang di Teluk Kumbar semalam.

Turut hadir dalam majls tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang mewakili DAP, setiausaha agung AMANAH Faiz Fadzil, timbalan pengerusi PKR negeri Goh CHoon Aik dan pengerusi perhubungan Umno negeri Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir.

Meskipun pengkritik berkata kita ini tidak signifikan kerana kita (parti) kecil, kita masih boleh mencabar mereka.

“Pas menjangkakan AMANAH hanya bertahan setahun tanpa sokongan akar umbi. Kita sudah masuk tahun kesepuluh dan merupakan rakan strategik kerajaan persekutuan.”

Beliau yang juga adalah Menteri Kesihatan berkata AMANAH mahu memperjuangkan rahmtan lil alamin untuk umat manusia tanpa mengira keturunan dan bangsa kerana umat manusia adalah ‘anak Adam’.

“Ia juga bermakna AMANAH mengamalkan wasatiyah dan bukannya pandangan sempit yang dibawa PAS.

“Yang pasti AMANAH tidak akan menjaja kunci ke syurga dengan politik identity dan mengguris sentiment bukan Muslim.”

Menurutnya Pas membuat pengisytiharan ia satu-satunya parti politik Islamis di negara ini yang perlu dipertahankan.

Namun apabila politik mereka bersifat memecah belahkan ummah dan menyuburkan kebencian, tindakan menyokong politik sedemikian akan menjahanamkan negara.

AMANAH sebaliknya mengangkat wibawa dan nilai Islam menerusi nilai sejagat dengan menghormati kepelbagaian agama lain, katanya.

Sementara itu,Faiz pula berkata bahawa Perikatan Nasional dibentuk semata-mata untuk merampas kuasa tanpa khidmat kepada rakyat.

Justeru itu, polemik siapa calon perdana Menteri seterusnya berterusnya sedangkan mereka sepatutunya berkhidmat untuk rakyat ketika negara berdepan perang tarif Amerika dan konflik – konflik serantau.

Beliau menambah bahawa AMANAH memainkan peranan membawa suara dan ajaran Islam sebagai panduan kepada kerajaan Madani.

BACA JUGA: PRN Sabah: AMANAH mohon lima kerusi DUN