Pas, Bersatu rebut jawatan PM bukti kepentingan rakyat bukan keutamaan
Perebutan jawatan Perdana Menteri dalam sebuah kerajaan yang belum pun dibentuk, membuktikan bahawa Bersatu dan Pas tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, kata naib presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar.
Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu menyaksikan presidennya Tan Sri Mahiddin Yassin dinobatkan sebagai calon presiden.
Sesi muktamar pula menyaksikan nama timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diangkat oleh Pas sebagai calon perdana Menteri.
“Walaupun Tuan Ibrahim menolak cadangan tersebut tetapi situasi muktamar dan respon pimpinan Pas terhadap keputusan PAT Bersatu sepakat mencalonkan Tan Seri Mahiaddin Yasin sebagai PM Malaysia ke11 ini jelas memperlihatkan PN sedang bergelumang dengan perebutan kuasa dan kedudukan, bukannya menyusun agenda penyelesaian masalah rakyat.
“Pertikaian mengenai siapa calon Perdana Menteri hanya mengesahkan bahawa kepentingan rakyat bukanlah keutamaan utama mereka.
Mahfuz menambah perbezaan pendirian calon perdana menteri menimbulkan kesangsian sama ada PN mampu membawa kestabilan politik dan ekonomi.
“Respon Pas jelas memperlihatkan Pas mahu jawatan PM diberikan kepada Pas.Jika dalam soal kepimpinan tertinggi pun PN gagal mencapai persefahaman, bagaimana mereka mahu diyakini mampu menawarkan kestabilan politik dan ekonomi kepada rakyat?
“Perpecahan dalaman seperti ini hanya menambahkan kegelisahan dan menjejaskan keyakinan rakyat serta pelabur terhadap masa depan negara.
Beliau berkata bahawa rakyat Malaysia memerlukan pemimpin yang boleh menyelesaikan isu-isu semasa yang kritikal kepada rakyat.
“Saya ingin menegaskan bahawa rakyat kini memerlukan pemimpin yang fokus kepada isu-isu mendesak: kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan, serta pembinaan masa depan yang lebih terjamin untuk generasi akan datang. Politik yang berasaskan perebutan jawatan tidak akan membawa Malaysia ke hadapan.
Justeru itu, rakyat diseru untuk menilai PN yang terpalit dalam kemelut perebutan jawatan perdana menteri.
“Yang penting untuk rakyat ialah terus bersama dengan kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah membuktikan kesungguhan membela rakyat dan membangunkan negara.”
BACA JUGA: Gimik tunggang tiga motosikal dalam dewan tanda Pemuda Pas tidak cakna