Tabung derma Pas berterabur atas jalan
Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-71 berlangsung hari ini di Kompleks Pas Kedah.
Awal pagi tadi media melaporkan tabung derma atau ‘tin milo’ yang sinonim dengan Pas dilaporkan bergelimpangan di atas jalan susulan hujan lebat dan ribut kuat di sekitar pekarangan kompleks terbabit.
Lapor Malaysiagazette, bukan sahaja tin milo berterabur, malah kerusi dan khemah keselamatan juga bersepah atas jalan
“Tinjauan seawal jam 6 pagi tadi mendapati, bekas plastik dan kotak kertas yang dijadikan tabung bukan sahaja jatuh bahkan bertaburan di sekitar kawasan tersebut yang bersebelahan sawah padi,” lapor portal itu.
Turut kelihatan papan tanda parkir khas untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan beberapa pimpinan lain jatuh akibat ribut dan hujan.
Muktamar pagi ini dihadiri Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan SUA Datuk Seri Mohammed Azmin Ali.
Turut hadir, Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir