Setelah mengumumkan calon PM, sekarang mahu Majlis Tertinggi PN putuskan pula?
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin berkata Majlis Tertinggi PN akan membincangkan persoalan mengenai calon perdana Menteri dalam mesyuarat akan dating.
Ia ekoran desakan Pas agar dibenarkan mengepalai PN.
“Itu adalah hak bagi Pas untuk mencalonkan apa, baik dari segi soal pengerusi PN ataupun calon perdana Menteri,” kata Mahiaddin.
“Masing-masing sudah menyuarakan pandangan di muktamar masing-masing. (Seperti juga) kami di perhimpunan agung (Bersatu).
“Tadi pun saya dah maklum Tok Guru (Hadi), kami akan panggil mesyuarat tertinggi PN dan perkara itu akan dibincang dan diputuskan di situ. Mungkin dalam seminggu ke depan inyha-Allah,” katanya, lapor media yang menemui Mahiaddin selepas majlis perasmian Muktamar Pas ke-71 di Alor Setar, Kedah.
Hasrat Pas itu turut disuarakan oleh presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu sebelum ini menyaksikan 120 ketua bahagian mendesak pengunduran Mahiaddin sebagai presiden Bersatu.
Walau bagaimanapun parti itu juga mengusulkan Mahiaddin sebagai calon perdana menteri PN.
BACA JUGA: Calon PM Pas semua duduk atas lori rosak brek, tayar pancit – Mahfuz balas Pas