Ucapan Hadi telah diterjemah secara praktikal oleh Anwar, kata penganalisis

Penganalisa politik Universiti Malaysia Terengganu, Yusri Ibrahim menyifatkan bahawa ucapan presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang di Muktamar Pas ke-71 telah pun diterjemahkan secara praktikal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pagi ini Hadi menyampaikan ucapan dasarnya bertajuk ‘Kembali kepada Penyelesaian Islam’.

“Menekuni setiap patah ucapan tersebut, saya boleh rumuskan intipati teoretikal ucapan Presiden PAS tersebut sedang diterjemahkan secara praktikal oleh Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia MADANI,” kata Yusri menerusi hantaran Facebook.

“Bagus untuk Malaysia jika dua sosok ini berbaik-baik dan bergabung untuk Malaysia.

“Hadi bagus dalam falsafah dan teoretikal bernegara, Anwar bagus dan berpengalaman dalam aspek menterjemah teoretikal kepada praktikal.”

BACA JUGA: Setelah mengumumkan calon PM, sekarang mahu Majlis Tertinggi PN putuskan pula?