Fadhli, Sanusi raih undian tertinggi pemilihan AJK Pas Pusat

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berjaya meraih undian tertinggi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) parti pembangkang itu.

Ahmad Fadhli yang juga Pasir Mas meraih 1,096 undi manakala Muhammad Sanusi pula mendapat 1,062 undi.

Seorang lagi, wakil Pas Kedah iaitu Exco Industri dan Pelaburan negeri, Dr Haim Hilman Abdullah mendapat undian ketiga tertinggi iaitu 1,028.

Menurut Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud, seramai 1,220 perwakilan melakukan proses undian secara e-undi di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, semalam.

“Jumlah perwakilan yang berdaftar dan layak mengundi adalah 1,351 orang. Jumlah perwakilan yang mengundi adalah 1,220 orang.

“Ini membawa maksud seramai 131 perwakilan atau 9.7 peratus tidak mengundi, ini ramai hampir 10 peratus,” katanya ketika mengumumkan keputusan undian hari ini.

BACA JUGA Tuduhan kerajaan zalim rampas tanah Melayu sudah ‘kantoi’ bertalu-talu