Bangkit melawan fikrah ghuluw
Oleh USTAZ RIDZWAN ABU BAKAR
Dalam sejarah penglibatan saya di pentas dakwah dan politik, sudah banyak tempat dan acara saya sampaikan ‘ucapan’ ; dalam dan luar negara dan dalam pelbagai skala dan saiznya.
Namun, bagi saya dua acara yang saya ‘ter’libat yang amat meninggalkan kesan dalam perjalanan ini.
1) 17 September 2014, di Batu Pahat, Johor
Saya mengambil risiko tampil menegur ‘doa laknat’ yang dilantunkan oleh Dr Azhar Yaakob (yang menggunakan nama samaran: Azhari Arifin).
Kesannya? Ada makian, perlian, kutukan, bahkan sampai ada yang menghukum “paling kurang Zindiq” – kata seorang Maulana.
Dan inilah titik permulaan untuk bangkit melawan fikrah ghuluw dan ‘pemakai’ jubah ulama secara terbuka.
2) 16 September 2015, di IDCC Shah Alam
Saya telah diberikan peluang untuk mengacarakan Majlis Pelancaran Perdana Parti AMANAH Negara.
Ia menjadi ‘momen’ yang terpenting bagi ‘mendukung’ politik Islam yang Rahmah!.
Kesannya? Ada yang bertanya, “siapa nak sembahyangkan jenazah hang nanti?”.
Setelah 10 tahun, kesan dan nikmat ‘Rahmah’ mula merata dalam kalangan masyarakat umum.
Dirgahayu AMANAHku.
1 Dekad | 1 Misi | 1 Hati
*USTAZ RIDZWAN ABU BAKAR merupakan Penolong Setiausaha dalam Parti Amanah Negara (AMANAH).
BACA JUGA Pas muflis idea, hanya jual mimpi tapi Madani tawarkan masa depan