Tarik balik kenyataan, atau saya akan saman fitnah, Jo Ghani
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad hari ini menuntut ahli parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Ghani menarik balik tuduhan bahawa dia menipu berhubung isu pembangunan Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru.
Khalid menegaskan dia akan menyaman Johari kerana fitnah jika JOhari tidak menarik balik tuduhan yang dibuat terhadapnya semasa kempen pilihan raya umum lalu.
“Saya nak minta dia tarik balik kenyataan dalam video yang mengatakan saya menipu semasa saya bertanding lawan dia untuk Titiwangsa.
“Otherwise I have no choice, sama ada awak menteri Kerajaan Perpaduan atau tidak, awak ahli parlimen Titiwangsa atau tidak, I have no choice but to take legal action for slander.”
Dalam pada itu, Khalid turut menyoal sejauh manakah Johari telah memperjuangkan nasib penduduk Kampung Sungai Baru.
“Masalahnya bila dia tak jadi MP, dia kata Khalid Samad tak halang pemaju memindahkan orang ke Kerinchi dan sebagainya.
“Bila dia MP, dia berusaha menghalang, dia cakap.
“Sama ada dia MP atau tidak, kalau ambil berat tentang rakyat Kampung Sungai Baru dan nampak benda tak baik dia seharusnya bersuara walaupun bukan MP.
“Bila kata pemaju itu cap ayam, dia tak bantah pembangunan. Kini bantahan itu meleset.
“Sekarang kata hanya untuk orang Melayu. Tanah ini leasehold bukan tanah rizab Melayu.”
Khalid turut menempelak Johari kerana langsung tidak mengkritik rakan lamanya mantan menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanggungjawab mengambil tanah Kampung Sungai Baru menggunakan Akta Pengambilan Tanah.
“Dalam segala kritikan yang dibuat, dia langsung tak sebut (Tan Sri) Annuar Musa dan (Datuk Seri) Shahidan (Kassim).
“Jo Ghani nak tolak kesalahan kepada mereka yang selain dari geng dia. Salahkan Khalid Samad, AMANAH, PH. Dia tak nak salahkan Annuar Musa atau Shahidan.
“Dia sendiri tak berperanan. Kenapa penduduk jumpa saya, bukan dia.
“I have done my very best. You have done nothing.”