Mat Sabu tuai bawang di perkarangan rumah
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berjaya menuai hasil Bawang Rose Ehsan yang ditanam di kediamannya.
Beliau berkongsi beberapa foto bersama Datuk Dr Mohamad Khairil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS dan pasukan, yang turun ke tapak semaian di halaman rumah kediaman menteri.
“Bang Mat tanam 1,000 benih bawang dalam 5 batas tanaman.
“Rumah hijau pula berkeluasan 20 kaki x 20 kaki, dan dilengkapi dengan sistem irigasi moden serta teknologi Internet of Things (IoT) untuk kawalan tanaman.
“Syukur, hasilnya membanggakan,” kata beliau di Facebook.
Mohamad berkata, ini membuktikan bahawa dengan teknologi dan kesungguhan, pertanian boleh dijayakan walaupun pada skala kecil.
Beliau pada masa sama menyeru anak-anak muda agar memandang serius bidang pertanian demi untuk menjamin keterjaminan makanan negara.
BACA JUGA Pas terima dana PRU dari Bersatu? Sanusi jawab dakwaan bekas pegawai Mahiaddin