Bila DHPP halal petik ayat, kena DAP jadi haram

OLEH AHMAD MURSI

Tuan Ibrahim kata, tak salah non-muslim seperti DHPP baca dan terjemah Al-Quran. Yang salah hanya bila mentafsir.

Tapi kenapa masa isu YB Howard dulu dia tak jelaskan macam ini? Kalau tidak, kontroversi tentu padam.

Ini contoh, bagaimana sikap ‘ulama’ politik gunakan agama, untuk propaganda politik. Bukan lagi jadi petunjuk.

Jika ustaz Pas, jelaskan kedudukan sebenar, tak capai niat nak pamerkan DAP itu anti-Islam. Lalu mereka sembunyikan.

“Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedang kamu mengetahuinya.” (Al-Baqarah:42)

Waktu itu, ustaz Pas berbondong-bondong kata YB Howard ‘tafsir’ Al-Quran.

Punyalah ramai Pas tabal jadi ulama dalam Dewan Ulama, sorang pun tak tahu beza ‘tafsir’ dan ‘terjemah’ ke? Ulama betul ke mereka ni?

Terjemah ni, alih bahasa dari Arab ke Bahasa Melayu. Itu sama yang dibuat oleh Bala dan Howard untuk kaitkan dengan poin ucapan.

Tafsir ni pula, dijelaskan ayat itu secara terperinci, asbabun nuzul, nahu, saraf, balaghah, tafsir dengan nas atau ra’yi, nasikh mansukh, ulasan sahabat, tabi’in atau ulama tafsir dll. Howard buat yang ni ke? Tidak!

Atau mereka tahu, tapi sengaja sembunyikan yang hak kerana dia DAP dan bukan DHPP?

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang benar-benar menegakkan (keadilan) kerana Allah, lagi menjadi saksi dengan adil. 

Dan jangan sekali-kali 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗖𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗦𝗘𝗦𝗨𝗔𝗧𝗨 𝗞𝗔𝗨𝗠 mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Al-Maidah:8).