Dua pemimpin Muslim dilantik Timbalan Menteri di Thailand

Dua pemimpin Muslim mengisi senarai timbalan menteri kerajaan Thailand yand dipimpin Anutin Charnvirakul.

Amin M. Yusuf atau Amintorn Mayuso dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian manakala Sabeeda Chada menduduki jawatan Timbalan Menteri Kebudayaan.

Sabeeda yang juga dipanggil Dida, 41, turut diberi tanggungjawab khusus mengurus hal jemaah haji Thailand.

Pelantikan dua tokoh terbabit dilihat signifikan bagi komuniti Muslim di Thailand yang majoritinya mendiami wilayah selatan negara itu.

Di Thailand, Islam merupakan agama minoriti terbesar selepas Buddha yang mendominasi sebanyak 93.46 peratus.

Kira-kira 5.4 peratus iaitu sekitar 4 juta daripada 69 juta rakyat Thailand terdiri daripada penganut Muslim.

Mereka kebanyakannya berada di Pattani, Yala, Narathiwat, dan Satun selain Bangkok, Chiang Mai, Phuket, dan beberapa kawasan lain.

BACA JUGA Kerjasama Pas-Bersatu berisiko terburai