BUDI95: Rakyat puji boleh guna Touch ‘n Go, Setel
Keputusan kerajaan memberi kelonggaran kepada penerima manfaat sistem subsidi bersasar petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) untuk menggunakan aplikasi Touch ‘n Go dan Setel untuk membuat transaksi pembayaran tanpa perlu mempamerkan MyKad meraih pujian orang ramai.
Rata-rata menghargai keprihatinan kerajaan yang memberi pilihan kepada penggunaan digital itu memandangkan dapat menjimatkan masa ketika berurusan di kaunter stesen minyak.
Dalam masa sama, warganet juga berharap agar lebih ramai pemilik kenderaan belajar untuk celik digital bagi keselesaan bersama.
“Opsyen digital ni memudahkan rakyat. Tiada lagi kesesakan di stesen minyak. PMX memang bijak, tapi perlu didik lagi yang tak celik digital. Mungkin lepas ni ramai yang guna aplikasi macam Touch ‘n Go, Setel. Bagus untuk jimat masa!” kata pengguna Facebook, Hamdan Amy.
“Wah, bagusnya inisiatif ni. Mungkin kalau dulu pembangkang faham digitalisasi, mereka tak akan buat isu sebab semua orang pun tahu kelebihan kemudahan ini. Kena belajar sikitlah dari PMX,” tulis Hajah Zubaidah Ali.
“Memudahkan, tanpa perlu keluar MyKad. PMX memang peka dengan keperluan rakyat,” ujar Fadhli Dzil.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya berkata, opsyen digital itu bagi memudahkan rakyat membuat transaksi, sekaligus mengelakkan kesesakan di stesen minyak.
“Jadi, kalau yang perlu, semak cip MyKad sekarang. Kerana MyKad itu sudah lusuh, anak baling ke sana ke sini. Boleh semak supaya berfungsi dan semak lesen memandu yang sah.
“Jadi, seperti juga Sara (Sumbangan Asas Rahmah) tidak perlu lagi pendaftaran lain-lain. Bawa MyKad, ada lesen sah.
“Tetapi, pembaca MyKad itu disediakan juga di kedai, di pam minyak. Jadi tidak terhad pada satu tempat, itu untuk mengurangkan risiko kesesakan.
“Tapi kalau yang celik digital, ada opsyen lain lagi, TouchNGo boleh, Setel boleh, jadi dia tak perlukan MyKad untuk memudahkan,” kata Perdana Menteri lagi.
BACA JUGA Perkahwinan Diraja Raja Muda Selangor, Cik Afzaa pada 2 Oktober depan