Doa tulus iringi misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza – Anwar
Perdana Menteri menitipkan doa dengan harapan besar agar misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza, berjalan lancar.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap usaha yang dilakukan menerusi misi berkenaan dapat memberi sinar buat rakyat Gaza yang sedang ditindas rejim Zionis.
“Doa tulus daripada seluruh masyarakat mengiringi misi pelayaran kemanusiaan GSF.
“Semoga usaha ini menjadi sinar harapan rakyat Gaza yang sedang diuji dan menjadi saksi kepada kesatuan nurani kemanusiaan sejagat,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook malam ini.
Misi bantuan GSF membabitkan lebih 1,000 sukarelawan dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat, dengan hampir 70 bot bermatlamat untuk memecah kepungan terhadap Gaza.
Pelayaran GSF yang merentasi Laut Mediterranean kini difahamkan sedang berlayar ke perairan antarabangsa berhampiran Greece sebelum menuju ke Gaza.
Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman yang menyertai misi itu berkata, beberapa dron akan muncul pada waktu malam sekaligus menjadikan peserta flotila mengambil langkah berjaga-jaga.
BACA JUGA RM20 – RM27 saja naik bil air di Terengganu, tidak bebankan rakyat, kata Exco