Nak isi minyak RON95 RM1.99? Ini 5 perkara anda perlu tahu
Orang ramai kini boleh menikmati harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99 seliter dengan lebih mudah melalui penggunaan MyKad atau pun aplikasi digital seperti Touch ‘n Go eWallet.
Bagi memudahkan orang ramai memahami mekanisme baharu ini, berikut lima soalan lazim (Q&A) mengenai cara menebus subsidi petrol RON95, menurut Kementerian Kewangan;
1) Perlu ke saya bawa MyKad dan Lesen Memandu kalau nak isi minyak RM1.99/liter RON95?
Tidak, anda hanya perlu membawa MyKad sahaja. Pastikan lesen memandu anda tidak tamat tempoh.
2) Bila saya perlu guna MyKad semasa isi minyak RON95?
Anda akan guna MyKad untuk semak kelayakan pada awal proses pembelian.
3) Bagaimana cara pembayaran kalau nak isi minyak RON95?
Anda boleh lakukan pembayaran secara tunai, kad debit, kad kredit atau guna aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan aplikasi syarikat minyak terpilih.
4) Adakah kita perlu lakukan permohonan atau pendaftaran kalau nak isi minyak RON95?
Anda TIDAK PERLU membuat permohonan dan pendaftaran untuk isi minyak RON95.
5) Bagaimana saya nak semak kelayakan dengan MyKad saya?
Pembaca MyKad disediakan di:
Di kedai
Di pam minyak
Kalau anda celik digital, anda boleh guna:
Aplikasi Touch ‘n Go eWallet
Aplikasi Syarikat Minyak terpilih
BACA JUGA ‘Bos susu’ ucap syukur Farm Fresh kini tembusi Kemboja selepas inisiatif PMX