Lebih 13 juta rakyat dah tebus bantuan penghargaan SARA

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan lebih 13 juta rakyat Malaysia sudah pun menebus bantuan penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100.

Data yang diperoleh setakat Sabtu lalu itu menunjukkan rakyat Malaysia sudah menebus sepenuhnya dan ada yang menebus sebahagian daripada bantuan RM100 yang dikreditkan ke dalam MyKad semua rakyat Malaysia.

“Kalau mereka masih ada baki, boleh gunakan lagi sehingga hujung tahun,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Jelajah Mega e-Invois 2025 (Siri 2) Peringkat Nasional di Menara HASiL hari ini.

Untuk rekod Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan pemberian bantuan SARA bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos.

Ia merupakan ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup, selain sebagai penghargaan kepada rakyat yang memberi manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan RM2 bilion.

BACA JUGA ‘Bos susu’ ucap syukur Farm Fresh kini tembusi Kemboja selepas inisiatif PMX