Malaysia destinasi terkemuka pelancongan dalam laporan PBB
Malaysia tersenarai dalam laporan PBB sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka yang mencatatkan peningkatan pelancong tertinggi dalam enam bulan pertama tahun ini.
Menurut laporan Barometer Pelancongan Dunia Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB, Malaysia mencatatkan peningkatan aliran masuk pelancong sebanyak 9 peratus.
“Beberapa kadar pertumbuhan tertinggi dalam kalangan destinasi utama pada separuh pertama 2025 dicatatkan di Jepun dan Vietnam (kedua-duanya +21%), Republik Korea (+15%) dan Maghribi (+19%), serta Mexico dan Belanda (kedua-duanya +7%).
“Malaysia dan Indonesia masing-masing melaporkan pertumbuhan 9% dan Hong Kong (China) 7%, walaupun ketibaan di destinasi ini masih sedikit di bawah paras 2019,” laporan tersebut menyatakan.
Terdapat peningkatan kemasukan pelancong asing di Asia Pasifik sebanyak 11 peratus dalam tempoh ini.
Hampir 690 juta pelancong melancong ke luar negara di seluruh dunia dalam tempoh sama, iaitu peningkatan sebanyak 5 peratus.
BACA JUGA: Malaysia–Timor-Leste teroka kerjasama baharu perkukuh hubungan dua hala