Enam tindakan yang perlu diambil oleh masyarakat antarabangsa susulan serangan ke atas Global Sumud Flotila

Naib presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar menuntut masyarakat antarabangsa melaksanakan enam tindakan serta-merta ekoran serangan ke atas Global Sumud Flotila.

Flotila ini merupakan misi kemanusiaan antarabangsa yang membawa makanan dan ubatan untuk rakyat Gaza.

Langkah pertama yang disyorkan oleh Mahfuz ialah
penggantungan visa, pembekuan aset, dan sekatan kewangan terhadap individu, agensi atau syarikat yang terlibat dan menyokong serangan yang dibuat oleh pihak Israel.

Berikut adalah lima lagi tindakan yang perlu diambil oleh masyarakat antarabangsa.

Sekatan Perdagangan Dan Embargo Senjata: Penguatkuasaan embargo senjata segera ke atas Israel dan pihak yang terbukti terlibat serta sekatan perdagangan strategik yang menyokong operasi ketenteraan.

Penggantungan hubungan diplomatik dan isolasi antarabangsa serta pemanggilan duta, pembekuan hubungan rasmi dan inisiatif diplomatik kolektif untuk menekan Israel dan pihak yang menggangu dan menyekat misi kemanusiaan Global sumud Flotila.

Rujukan kepada Mahkamah Antarabangsa :Rujukan Israel kepada mahkamah jenayah antarabangsa dan badan kehakiman antarabangsa yang berkenaan dimana Israel terbukti menunjukkan pelanggaran jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan.

Melindungi Laluan Bantuan Secara Aktif: Mewujudkan mekanisme antarabangsa (misi pengiring maritim yang diluluskan pelbagai negara atau misi pengawalan di bawah mandat antarabangsa) untuk memastikan kapal bantuan sampai dengan selamat.

Sekatan Ekonomi Bersasar : Menangguhkan atau membatalkan keistimewaan perdagangan, bantuan pembangunan dan kerjasama ekonomi terhadap Israel dan pihak yang terbukti melakukan atau menyokong serangan.

Malaysia merupakan di antara 45 negara dengan kekuatan lebih 500 sukarelawan GSF menaiki 53 buah kapal bersama tiga kapal pemerhati menuju ke Semenanjung Gaza bagi menghantar bantuan makanan serta keperluan.

BACA JUGA: Sembilan letupan ganggu misi Sumud Flotila