Kejamnya bapa saudara pukul budak 7 tahun dengan tukul

Kepala seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun parah dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya.

Kejadian menggemparkan itu berlaku di Jalan Kedai Jelawat, Bachok di Kelantan petang tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman, polis menerima laporan berhubung kejadian jam 5.15 itu yang berlaku di rumah kedai milik suspek.

“Keadaan mangsa sangat kritikal,” lapor BH.

Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

BACA JUGA ‘Benak ubi sungguhlah, pemimpin Pas bimbang pangkalan haram diroboh’