Pensyarah UUM tarik balik saman terhadap Liyana Marzuki diarah bayar kos RM7,000

Pensyarah kontroversi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff diarah membayar kos sebanyak RM7,000 terhadap aktivis dan pengamal undang-undang, Liyana Marzuki.

Ia berikutan permohonan Kamarul kepada Mahkamah Tinggi untuk menarik semula saman yang difaikannya tanpa kos.

Menurut peguam mewakili Liyana, Zulhazmi Shariff, anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan penarikan semula saman tanpa kos dan telah meminta kos sebanyak RM10,000.

“Liyana Marzuki tak setuju tanpa kos dan minta kos RM10,000

“Kamarul Zaman setuju kos RM5,000, tapi Liyana tetap mahukan kos RM10,000.

“Setelah Mahkamah mendengar hujah kedua-dua peguam tentang kos, mahkamah putuskan saman dibatalkan tanpa kebebasan memfailkan semula dengan kos RM7,000,” maklumnya di Facebook.

Sementara itu menurut perkongsian Liyana di Facebook, empat tahun lalu Kamarul pernah meminta beliau membayar sejumlah wang untuknya membatalkan saman terbabit.

“Kes Dr Kamarul Yusof vs Liyana Marzuki. 4 tahun dulu dia nak saya bayar dia, untuk tarik balik kes. I told his lawyer to fly kite. Hari ini Mahkamah arahkan dia bayar saya kos RM7,000 dan tak boleh ulang saman. Syukran,” ulasnya ringkas.

BACA JUGA Lagi pemimpin Pas minta maaf kepada MP DAP kerana memfitnah