Perairan Batu Pahat pula bergegar, ini gempa kesembilan melanda Johor
Gempa bumi lemah 3.5 magnitud direkodkan berlaku di perairan Batu Pahat, pada jam 9.04 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi lemah itu berlaku kira-kira 25 kilometer Tenggara dari Batu Pahat.
MetMalaysia memaklumkan, gempa itu berpusat pada koordinat 1.7 darjah Utara, 103.1 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
Gempa direkodkan hari ini adalah yang kesembilan di Johor membabitkan daerah Segamat dan Batu Pahat.
Berikut kejadian gempa yang direkodkan sepanjang tahun ini:
1) 24 Ogos – gempa pertama di Segamat dengan kekuatan 4.1 magnitud pada 6.13 pagi.
2) 24 Ogos – gegaran kedua berukuran 2.8 magnitud sekitar Yong Peng pada 9 pagi.
3) 27 Ogos – 3.2 magnitud
4) 28 Ogos – 2.5 magnitud
5) 29 Ogos – 3.4 magnitud
6) 30 Ogos – gempa di Batu Pahat dengan kekuatan 2.7 magnitud
7) 31 Ogos – gempa di Batu Pahat, 2.9 magnitud
8) 3 September – 2.9 magnitud
BACA JUGA Kerajaan MADANI percepat projek kediaman tentera, jamin kebajikan warga ATM